Program Prasekolah di Tadika Aulad

Program Prasekolah yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan KSPK ( Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ) yang diolah melalui pendekatan CreativePlay yang merupakan modul prasekolah yang diamalkan oleh Readnetwork yang dinamakan sebagai Bacalah Anakku CreativePlay Curriculum.

Kurikulum Pendidikan Prasekolah

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya

Bacalah Anakku CreativePlay

BACC CreativePlay curriculum memupuk perkembangan potensi anak-anak anda dalam aspek emosi, sosial, intelek, kendiri, psikomotor, komunikasi, dan nilai agama melalui aktiviti belajar sambil bermain secara terancang, menyeluruh dan bersepadu dalam suasana kasih sayang dan cakna serta kreatif untuk melahirkan kanak-kanak yang berketrampilan, boleh membaca dan menulis sebelum ke sekolah, berkeyakinan diri dan berkeperibadian tinggi

Pemupukan potensi anak-anak di Tadika Aulad meliputi aspek berikut

  • Kestabilan emosi

  • Kesedaran kendiri

  • Kemahiran Sosial

  • Bahasa dan Komunikasi

  • Perkembangan motor kasar dan halus

  • Intelektual

  • Nilai Agama